CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sabtu, 6 Ogos 2011

LELAKI BUKAN IDAMAN!


haaaa selalu asyik sangat ckp pasal boipren a.k.a lelaki idaman..kalu boleh sume bnda nk citer termasuklah phone conversation pon nk citer haa sekang nih kita nk share pasai LELAKI BUKAN IDAMAN !!!. semalam ngah syok2 melayan seorg member, bergayut pasal ex boipren.. aku memg mengelamun sekejap.. haha rindula pulak kat dia.. ape jadi ngn dia sekang, ape kerja dia sekang haha and bile pikir blik op kos my ex absolutely is the best guy i have been mate!cume kitorg x der jodoh nk wat cemana..

well, perkara pertama yg aku x suka pasal lelaki bila suka sangat pasang SKANDAL! hello! kalu muka tuh kacak mcm remy ishak or lee min ho ke x pe gak~ ini mcm x sedar diri.. nak bajet hot! siap kira bape org nak kat dia.. haaa plis! dont ever show me dis guy again.

kedua, lelaki x bijak.. dah tau perempuan yg ko minat tu playgirl atau amat gedik jgn la melayan atau hegeh nk kat dia lagi.. maybe dia boleh jadi gf ko buat semntara dia sunyi.desperate la katakan.. lepas bosan dia tinggalkan ko! nak?

ketiga lelaki yg suka amik kesempatan, asal kuar date jer.. tangan merayap, asal kuar date jer tangn x reti nk dok diam.. perempuan perlukan respek! kalu ko ikhlas bercinta ko akan thn sekejap nafsu ko sbb ko tahu perempuan tuh bernilai!

keempat, lelaki yg x suka pikir mase depan..asik2 nak enjoy.. still nk jadi gile2..even dalam perhubungan still nk main2.. common lah. sampai satu mase kalu ko asik bersuke ria.. banyak menda ko akan terlepas pandang n nanti ko boleh menyesal.

kelima, x reti manage kewangan, tiap2 bulan tak der duit lagi pedih pinjam duit kat awek.. duit bnyak habis sbb beli barang merepek2 dari simpan..

keenam, lelaki yg x reti nk menunjukkan kasih sayang, btw memg pelik nowadays memg ade kelompok perempuan yg suke lelaki ego.. haha but not me! aku x suka lelaki dingin yg tak tahu nk meng ekspresikan cintanya! romantikla sikit~haha

last, lelaki yg kuat mengadu.. hurm nih memg x best~ setiap kali msg nk citer bnda yg x best.. sekali sekala boleh lah. tpi kalu smpi hantar text.."sayang i lapar sgt la rini rse nk buka pose" padahal time tu bolan pose.. adekah patut!

Rabu, 3 Ogos 2011

remy ISHAK!!!!!!!!!!!!!! *jerit histeria* haha

omg! look at his eyes!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
remy dan tiz

cErite BOla LAGIK!

haish entahla sejak kebelakangan nih aku pon masuk angau gak ngn pasukan Harimau Malaya.. haha mcm x caya sbb dulu2 aku x bpe minat bab 2bola nih kot.. so citer terbaru adelah si jejaka SAFEE SALI dh buat tindakan kepada seorg wanita haaaa

Berita Harian (sumber asal) sebentar tadi mengeluarkan laporan yang mengejutkan ramai pihak mengenai isu penghinaan melalui Twitter yang dikeluarkan oleh Hidayah Shahril – isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak.

Hidayah Shahril menyamakan tindakan Safee Sali & Amirulhadi seumpama ‘monyet di atas padang’ sejurus selepas perlawanan antara Malaysia & Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalili pada 28 Julai lalu.

Terguris dengan kata-kata itu, Safee Sali menuntut agar Hidayah Shahril membuat permohonan maaf secara terbuka kerana ia menyentuh keperibadian seorang pemain profesional negara. Lagipun, Shahril juga merupakan sahabatnya yang turut sama beraksi di Liga indonesia. Malah, Shahril pernah meminta jersi yang dipakai oleh Safee Sali sebagai tanda persahabatan ketika perlawanan tempoh hari.

Safee Sali menyatakan bahawa dia memandang serius akan perkara ini namun masih belum tergamak untuk membuat sebarang tindakan undang-undang. Padanya, sudah cukup andai kata Hidayah Shahril memohon maaf dan menyatakan kekesalan serta berjanji untuk tidak lagi mengulangi perbuatan tersebut.

Menurut Safee lagi, pasukan Singapura & Malaysia akan lebih kerap bertemu pada musim depan, maka dia mahu isu penghinaan ini diselesaikan dengan segera supaya tidak timbul suasana yang dingin antara kedua-dua buah negara kelak.

Selasa, 2 Ogos 2011

kesilapan pade hari pertama PUASA! CIS!

semalam aku melakukan perkara pling mangkuk dalam hidupku semasa menjalani ibadah puasa.. tengah semua org (ahli family) bersemangat nk bukak pose dengan juadah yg setaraf hotel lima bintang... *ehem beli kat bazaar jer* hahaha tambahan pulak first day bg mereka sang lelaki yg mana penah ganti pose.. maybe perasaan bukak pose tuh lebih meluap2 drpada aku yg berhari2 ganti posa.. haha dengan sume ngah ready kat meja makn dan wajah yg excited.
lalu, aku membuka periuk nasi .. jeng2... "MAMA!!!! NASI X MASAK!!! ENA RASA DAH TEKAN TADI??!!!" satu meja senyap sunyi *bunyi cengkerik*
adik laki aku ngn muka seperti adiputra kl gangster pon menyibuk nengok,...
"haish apekah?mcm mana nk bukak pose ni? lapaqqq dah nih!"
aku berdiam diri .. mak aku blh senyum2 n... jari telunjuk aku menunjukkan murtabak si acap nih beli tdi... haaaaa murtabak ada.. kita mkn murtabak la na... hhehe *cover line..* ini lah hari bersejarah aku sepanjang masih bergelar anak dara nasi x masak pade hari pertama berpuasa! HUARGHH!!!

Jumaat, 22 Julai 2011

sape menang???



malam nih aku nk menonton pasukan MALAYSIA a.k.a Harimau MALAYA sape yg kan menang bile lawan ngn pasukan SINGAPURA . haaaaaaa ayok kite tngok mlm ni reramai!
aku nengok photoshoot nike football mereka nih.. feh menawan!


Isnin, 18 Julai 2011

TIPS penjagaan rambut IDAMAN!



tengok gambar kat atas nih memang akan buat sesiapa pon akan tertawan kan?? haish ini memg rambut idaman aku, tetapi memg x dinafikan ia akan menjadi satu masalah bg wanita yg bertudung mcm aku..susah nk jaga.. hurm sekang zaman dah moden tpi moden mengaplikasikan perkara basic yg diamalkan oleh zaman nenek moyang kita,,, termasuk lah TOK aku yang aku cintai.. haaaaaa meh kita mulakan zaman/era TOK aku:

1. Untuk wanita yg selalu gi yun nam kena bayar beribu tuh,sbb r
mbut jarang atau botak, gunakan tips nih..kos dia x sampai sehinggit.. rendamkan kacang hijau semalamn then, tapiskan air .Ambil airnya sapukan kat atas kulit kepala sambil di
picit perlahan-lahan .Amalkan sehingga rambut baru kelihatan tumbuh.

2. haa,ni memg aku amalkan, pade sesiapa yg ade kelemumur teruk yg bnyak.. amik 3 biji atau lebih limau purut, belah dua.. perahkan limau nipis atas kulit kepala yg ade kelemumur.. then gosok.memg berkesan.. kelemumur akan rse kurang sikit. Amalkan selalu.

3.Untuk wanita yang inginkan rambut yang cantik, perah santan dari buah kelapa tua.. then biarkan santan itu selama sejam.. biar dia nek pati.. pastu korg amik pati santan sapu kat rambut dengn jari.Balutkan rambut ngn tuala panas.Perap selama setengah jam.Selepas tuh bilas.Buatlah sekali seminggu.

4.Untuk mengelakkan keguguran rambut boleh amalkan dengan cara ambil beberapa helai daun bunga raya then campurkan denga air. Biarkan seketika sehingga keluar lendirnya. Sapukan lendir tersebut pada kulit kepala,biarkan seketika then bilas.

Ini adelaha antara tips ala2 kmpung semua bahan2nya bleh amik kat belakang umah jer..oke kalu ade org malas nak cari benda2 tradisional nih, nk pki terus.. beli kat mall . moden la katakan.. ha boleh amalkan ni aku boh 2 point je lah.. sbb ni korg pon bleh cri kat market:

1.Untuk masalh kulit kepala gatal dan selalu berminyak boleh beli kat pasaran :Himalaya Protein Shampoo. banyak terdapat kat farmasi. Kebaikannya ialah ia tidak merosakkan rambut dan diperbuat daripada bahan2 herba semula jadi.

2.Untuk mangsa2 kelemumur anda jgn risau sbb penawar nya boleh didapati di pasaran:Clear Nutrium 10 Antidandruff Baru

Alahai RAMBUT INdaH!

hurm, aku rse cam nk share style rmbut disebabkan aku teringin nk dapt rmbut yg seng dijage n ringan.. hehe aku pon nk potong rmbut.. wajarkah aku potong rmbut?? huhu bkn seng ni nak simpan balik.. tpi mak ngan adik aku mendesak supaya g potong rmbut, beklah meh kiter nengok style rmbut yg mungkin memberi inspirasi wat aku, hurmm starting with dis..

erm, style bob nih bleh thn.. tpi kang mak aku kata serabut plak.. tpi memg aku minat nih,
ni lagi r serabut haha
haha nk tiru ala2 korean, layer pendek nih seswai!
erm wat style aishah siclair pon cun gak.. tpi kang bapak aku hambat kuar umah hahaha

atau nk mengekalkan rmbut wavy ni tpi potong n wat style ckit jer.. hurm pilihan tepat gak nih.. tpi pe style nk wat... er...may be dis ngn pony sikit kat depa
n n ala bob kat depan... haaaa mcm best ye dop... layer kat belakang,, STYLE! i like! two thumbs up!